Selasa, 26 Mac 2019

BENCANA ALAM SECARA KAJIAN RAWAK

BENCANA ALAM
Bencana alam berlaku dalam pelbagai rupa.Bumi yang dihuni inipun tidak terlepas dari pelbagai bencana . Bencana terbahagi kepada dua bahagian.Pertamanya bencana alam  semulajadi dan bencana alam yang berlaku kerana kelakuan penghuni bumi khususnya manusia.
Bencana bencana semulajadi yang kerap melanda bumi ini ialah seperti gempa bumi,tanah runtuh,banjir ataupun bah besar,ribut taufan,tsunami,letusan gunung berapi dan kemarau. 
Gempa bumi berlaku apabila bongkah bongkah batu didasar bumi bergerak atau bergelongsur dari tempat asalnya untuk membebaskan  haba magma  yang terlalu  panas yang terpendam didalamnya untuk mengimbangi kestabilan bumi. Keadaan ini akan terus menerus berlaku pada kadar magnitud rendah dan adakalanya pada kadar tujuh,lapan atau sembilan Richter.
Gempa bumi juga berlaku bila gunung berapi dibawah dasar lautan meletus dimana gegaran ini boleh mengakibatkan bencana yang membawa binasa yang teramat tinggi. Gempa beginilah yang mendatangkan tsunami bagaikan bumi dalam keadaan akhirat. Kenaikkan ombak setinggi sepuluh meter akan merempuh dimana segala yang ada dimuka bumi akan hilang dari tempat asalnya. Nyawa manusia yang tidak terkira akan terkorban serta segala harta benda termasuk alam flora dan fauna bersama hidupan akuatik segalanya lenyap dari muka bumi.
 Bencana gempa bumi meragut nyawa penghuni bumi, meranapkan pokok pokok,bangunan bangunan ,kediaman serta harta benda dan lain lain lagi. Ini bergantung pada kadar gegaran di sesuatu tempat. Gegaran gegaran kecil hanya membuka sedikit ruang untuk melepaskan haba untuk kestabilan. Haba yang dikeluar dari dasar bumi ini harus diimbangi dengan keadaan sejuk, iaitu aliran air sentiasa diperlukan untuk menghindari bencana yang lebih besar. 
Aliran sungai akan menjadi bah besar apabila aliran sungai tersekat ,hujan yang lebat tanpa berhenti dan air dari empangan dilepaskan untuk mengimbangi muatan empangan. Bah yang besar juga boleh meragut nyawa dan harta benda ,lumpur berserta tanah liat yang dibawa  oleh bah besar akan menutupi segala yang ada dan mengambil masa yang lama untuk surut, iaitu sehingga berminggu ataupun berbulan lamanya. Ini kerana tanah liat tiada unsur penyerapan. 
Gunung gunung berapi aktif dan tidak aktif bergantung pada zon gemba bumi. Jika gunung gunung berapi terletak di zon gempa bumi maka gunung berapi akan aktif secara langsung dan akan meletus. Ini kerana pergolakkan di dasar menaikkan magma kekawah gunung berapi. Tekanan haba yang amat tinggi sehingga melebihi 1000 darjah celsius akan mendorong magma melalui saluran gunung berapi dan meletus dengan bahan bahan mentah dari dasar bumi.
Tekanan haba magma yang tinggi dan pergolakkan yang terjadi akibat gempa bumi inilah yang menjadi punca gunung gunung berapi yang telah dianggap tidak aktif ataupun mati beratus tahun lamanya mula aktif secara tiba tiba dan mengemparkan suasana. Magma seharusnya perlu diluah dari perut bumi untuk mengekalkan kestabilan suhu bumi. 
Puting beliung atau taufan terbentuk apabila haba panas dari magma di dasar bumi keluar sebagai udara panas yang teramat kuat sama seperti gunung berapi meletus hingga ke langit. Di mana udara sejuk di langit dan udara panas dari permukaan bumi  menghasilkan wap menyebabkan pembentukan awan awan yang tebal secara tiba tiba.Penyerapan wap air yang banyak menyebabkan awan awan menjadi lebih kelabu kehitaman.Suasana inilah yang menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap .Kandungan  wap air dan gas yang terdapat pada awan awan menyebabkan tiupan angin terasa sejuk.
Angin yang sejuk dari atas iaitu dari langit dan udara panas dari bumi menghasilkan suatu putaran .Puting beliung terhasil  apabila udara panas dari bumi pada kelajuan 50 hingga 90 km perjam ditembusi angin sejuk dari langit. Angin sejuk inilah yang menyebabkan pergerakkan berlaku pada puting beliung.
Ribut salji pula berlaku apabila tiupan angin yang berganda bertiup berterusan  untuk beberapa jam lamanya. Ini mengakibatkan keturunan suhu sekeliling dan lembapan angin  makin bertambah secara mendadak membentuk wap air yang tergandung dalam awan mula membeku(  Keadaan 0 hingga -18 darjah celcius adalah suhu pembekuan). Apabila tiupan angin yang deras dan teramat sejuk berlaku, perlanggaran diantara awan awan mengakibatkan turunan hujan salji ataupun hujan batu ais mula berlaku. 


                                          AKAN BERSAMBUNG..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BENCANA ALAM SECARA KAJIAN RAWAK

BENCANA ALAM Bencana alam berlaku dalam pelbagai rupa.Bumi yang dihuni inipun tidak terlepas dari pelbagai bencana . Bencana terbahagi k...