AKTIVITI RIADAH
Selamat sejahtera kepada anda semua . Adakah anda sejahtera ? Apakah maksud sejahtera?
Sejahtera bermaksud sihat dari segala aspek . Sihat dari segala aspek termasuklah badan yang sihat, otak yang cerdas dan tiada berpenyakit .
Dari manakah kita boleh peroleh sejahtera ini ? Ya, kita boleh mendapatkannya dari aktiviti riadah tanpa berbelanja wang ringgit .
Aktiviti riadah merupakan aktiviti sukan yang ringan yang dilakukan pada waktu lapang.
Kepentingan aktiviti riadah menjadi amalan dalam memperaktikan gaya hidup sihat pada masa kini . Aktiviti ini juga memberi ketenangan fikiran kepada yang kusut fikiran , memberi tenaga kepada yang kehausan tenaga ataupun letih lesu , memberi keceriaan di wajah yang muram dan memberi keakrapan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersama-sama melakukan aktiviti riadah ini.
Aktiviti riadah ini juga menyihatkan tubuh badan dengan mengurangkan kadar lemak di dalam badan kita . Riadah juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengurangkan risiko berpenyakit .
Aktiviti-aktiviti riadah seperti yoga , tai chi , senamrobik , berjoging , berjalan , berkayak , berbasikal dan sebagainya ialah aktiviti-aktiviti yang mudah dilakukan oleh kesemua generasi tanpa mengira usia .
Aktiviti riadah juga akan membentuk akhlak yang lebih terurus . Kelebihan aktiviti riadah memaanfatkan umat manusia ke gaya hidup yang lebih sihat dan cerdas .
Peranan ibubapa memupuk kesedaran anak-anak tentang kepentingan aktiviti riadah ialah seperti:-
i) Dengan meluangkan masa bersama anak mereka untuk melakukan aktiviti riadah bersama.
ii) Jika ibubapa berkemampuan boleh membelikan barang barang senaman untuk mengalak anak-anak mereka beriadah.
iii) Ataupun memasukkan anak-anak mereka ke kelas riadah seperti yoga , senamrobik dan sebagainya .
DUA TIGA KUCING BERLARI,
MARI BERIADAH SETIAP HARI
.......... SEKIAN TERIMA KASIH ..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan