Selasa, 26 Mac 2019

BENCANA ALAM SECARA KAJIAN RAWAK

BENCANA ALAM
Bencana alam berlaku dalam pelbagai rupa.Bumi yang dihuni inipun tidak terlepas dari pelbagai bencana . Bencana terbahagi kepada dua bahagian.Pertamanya bencana alam  semulajadi dan bencana alam yang berlaku kerana kelakuan penghuni bumi khususnya manusia.
Bencana bencana semulajadi yang kerap melanda bumi ini ialah seperti gempa bumi,tanah runtuh,banjir ataupun bah besar,ribut taufan,tsunami,letusan gunung berapi dan kemarau. 
Gempa bumi berlaku apabila bongkah bongkah batu didasar bumi bergerak atau bergelongsur dari tempat asalnya untuk membebaskan  haba magma  yang terlalu  panas yang terpendam didalamnya untuk mengimbangi kestabilan bumi. Keadaan ini akan terus menerus berlaku pada kadar magnitud rendah dan adakalanya pada kadar tujuh,lapan atau sembilan Richter.
Gempa bumi juga berlaku bila gunung berapi dibawah dasar lautan meletus dimana gegaran ini boleh mengakibatkan bencana yang membawa binasa yang teramat tinggi. Gempa beginilah yang mendatangkan tsunami bagaikan bumi dalam keadaan akhirat. Kenaikkan ombak setinggi sepuluh meter akan merempuh dimana segala yang ada dimuka bumi akan hilang dari tempat asalnya. Nyawa manusia yang tidak terkira akan terkorban serta segala harta benda termasuk alam flora dan fauna bersama hidupan akuatik segalanya lenyap dari muka bumi.
 Bencana gempa bumi meragut nyawa penghuni bumi, meranapkan pokok pokok,bangunan bangunan ,kediaman serta harta benda dan lain lain lagi. Ini bergantung pada kadar gegaran di sesuatu tempat. Gegaran gegaran kecil hanya membuka sedikit ruang untuk melepaskan haba untuk kestabilan. Haba yang dikeluar dari dasar bumi ini harus diimbangi dengan keadaan sejuk, iaitu aliran air sentiasa diperlukan untuk menghindari bencana yang lebih besar. 
Aliran sungai akan menjadi bah besar apabila aliran sungai tersekat ,hujan yang lebat tanpa berhenti dan air dari empangan dilepaskan untuk mengimbangi muatan empangan. Bah yang besar juga boleh meragut nyawa dan harta benda ,lumpur berserta tanah liat yang dibawa  oleh bah besar akan menutupi segala yang ada dan mengambil masa yang lama untuk surut, iaitu sehingga berminggu ataupun berbulan lamanya. Ini kerana tanah liat tiada unsur penyerapan. 
Gunung gunung berapi aktif dan tidak aktif bergantung pada zon gemba bumi. Jika gunung gunung berapi terletak di zon gempa bumi maka gunung berapi akan aktif secara langsung dan akan meletus. Ini kerana pergolakkan di dasar menaikkan magma kekawah gunung berapi. Tekanan haba yang amat tinggi sehingga melebihi 1000 darjah celsius akan mendorong magma melalui saluran gunung berapi dan meletus dengan bahan bahan mentah dari dasar bumi.
Tekanan haba magma yang tinggi dan pergolakkan yang terjadi akibat gempa bumi inilah yang menjadi punca gunung gunung berapi yang telah dianggap tidak aktif ataupun mati beratus tahun lamanya mula aktif secara tiba tiba dan mengemparkan suasana. Magma seharusnya perlu diluah dari perut bumi untuk mengekalkan kestabilan suhu bumi. 
Puting beliung atau taufan terbentuk apabila haba panas dari magma di dasar bumi keluar sebagai udara panas yang teramat kuat sama seperti gunung berapi meletus hingga ke langit. Di mana udara sejuk di langit dan udara panas dari permukaan bumi  menghasilkan wap menyebabkan pembentukan awan awan yang tebal secara tiba tiba.Penyerapan wap air yang banyak menyebabkan awan awan menjadi lebih kelabu kehitaman.Suasana inilah yang menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap .Kandungan  wap air dan gas yang terdapat pada awan awan menyebabkan tiupan angin terasa sejuk.
Angin yang sejuk dari atas iaitu dari langit dan udara panas dari bumi menghasilkan suatu putaran .Puting beliung terhasil  apabila udara panas dari bumi pada kelajuan 50 hingga 90 km perjam ditembusi angin sejuk dari langit. Angin sejuk inilah yang menyebabkan pergerakkan berlaku pada puting beliung.
Ribut salji pula berlaku apabila tiupan angin yang berganda bertiup berterusan  untuk beberapa jam lamanya. Ini mengakibatkan keturunan suhu sekeliling dan lembapan angin  makin bertambah secara mendadak membentuk wap air yang tergandung dalam awan mula membeku(  Keadaan 0 hingga -18 darjah celcius adalah suhu pembekuan). Apabila tiupan angin yang deras dan teramat sejuk berlaku, perlanggaran diantara awan awan mengakibatkan turunan hujan salji ataupun hujan batu ais mula berlaku. 


                                          AKAN BERSAMBUNG..............

Sabtu, 16 Mac 2019

KAJIAN ALAM SECARA RAWAK

          ALAM ( YANG NYATA )
Bumi kita sungguh hebat dengan alam semulajadinya . Bumi kita dirangkumi langit yang terbentang luas , awan awan yang mencorak pelbagai lukisan dari pagi hingga ke petang setiap hari dengan  sang suria yang menyinari alam semesta ini dengan tujuh warna  pusakanya yang menjadi punca kepada bunga bunga ,dedaun dan kehidupan yang lain termasuk manusia mewarisi berjenis warna dari segi kulit,rambut dan mata.Di waktu malamnya pula langit dilebari kain hitam dengan bulan yang sejuk dan juga beribu ribu berlian iaitu bintang bintang yang bergemerlapan nun jauh diatas sana .
Bintang bintang ini adalah sama besar ataupun bersaiz lebih besar dari suria. Oleh kerana bintang bintang ini berada terlalu jauh dari bumi lebih kurang ribuan tahun cahaya,kita boleh melihatnya sebagai jutaan bintang kecil di langit pada waktu malam. Sebenarnya, pada waktu siang pun bintang bintang masih kelihatan tetapi  oleh kerana pantulan cahaya suria di langit mengaburi atau menghalang dari melihat bintang bintang kecil ini. 
Langit yang indah diatas kepala menyerlahkan warna kebiruannya ke atas lautan bumi . Inilah yang menyebabkan lautan kelihatan berwarna biru. Laut yang kelihatan seperti  warna hijau adalah kerana fitoplankton atau lebih di kenali sebagai alga dan jika warna keperangan puncanya ialah zooplankton. Ini kerana air tidak mempunyai warna dan bentuk. 
Di darat pula , lautan yang luas terbentang , mempunyai tujuh lapisan dari permukaan hingga kedasarnya .Laut merangkumi  tiga perempat dari keluasan bumi. Pelbagai  khazanah kehidupan mendiami lautan ini.Dari batu karang hingga ke  bongkah-bongkah  batu bersama rekahan rekahan yang amat dalam dilaut masih dalam kajian. Di laut juga terdapat beberapa jenis kehidupan yang mempunyai eletrik pada badannya. Pemancaran cahaya elektrik ini berlaku ataupun dilakukan semasa mencari mangsa dan juga untuk perlindungan diri. 
Hidupan ini mendiami di bahagian laut yang dalam dimana pancaran suria tidak dapat menembusi bahagian laut ini. Laut juga merupakan sumber makanan terbesar  kepada penghuni bumi. kenaikan dan kesurutan paras air dilaut dikawal oleh fenomena bulan. Bulan memainkan peranan penting dalam menguasai air dibumi dan juga pembentukkan ais di kutub utara dan di kutub selatan.
Air sungai yang mengalir didarat berpunca dari gunung ganang. Gunung ganang yang diliputi ais dan dituruni air hujan yang lebat menjadi anugerah semulajadi kepada penghuni bumi. Gunung ganang yang memuncak kelangit menjadi tembungan awan awan yang sarat dengan air yang mengakibatkan penurunan hujan sentiasa berlaku dan pengaliran air yang bersih sentiasa dialirkan dari gunung ganang ini. Awan awan yang halus bergerak pantas dan berlalu atas gunung tetapi awan awan yang berat dengan kandungan air pasti bertembung dengan gunung. Gunung yang memuncak tinggi sentiasa diliputi ais. Ini kerana peniupan angin yang terlalu sejuk dan suasana sekeliling gunung juga amat sejuk sehingga menyebabkan pembentukan ais di permukaan gunung.
Selain gunung ganang,bukit bukau juga memainkan peranan yang penting terhadap penghuni bumi. Bukit bukau merupakan alam flora dan fauna .Pelbagai tumbuh tumbuhan semulajadi tumbuh di bukit bukau. Pokok pokok yang meliputi bukit bukau menjadi penyalur udara bersih kepada penghuni bumi. Bukit bukau  didiami berbagai jenis binatang dan mikroorganisma. Bukit bukau juga ditumbuhi tumbuh tumbuhan  herba yang menjadi pengubat kepada penghuni bumi.  
Pokok pokok merupakan pembekal oksigen utama kepada penghuni bumi. Pokok pokok juga menjadi tempat perlindungan kepada penghuni bumi. Pokok pokok juga menghasilkan makanan untuk penghuni bumi. Pokok juga menjadi barang kegunaan manusia (penghuni bumi yang lain tidak menggunakannya sebagai barang)  
Tanah merupakan tempat kehidupan kebanyakkan penghuni dunia.Ditanahlah  penghuni dunia menghuni dan membina tempat berlindung dan menyara hidup sehingga ke akhir hayat. Tanah merupakan satu perempat di muka bumi ini .Tanah adalah segala galanya kepada penghuni bumi.Penghuni tanah adalah seperti manusia, binatang binatang,burung unggas, serangga serangga ,reptilia dan juga mikroorganisma.
Sang suria iaitu matahari,langit,tanah,air dan angin adalah lima elemen yang terkandung dalam alam semulajadi. Inilah yang dipanggil sebagai pancaboota (dalam bahasa tamil). Setiap elemen ini memainkan peranan yang penting kepada penghuni bumi. Setiap satu elemen ini memiliki kuasanya yang tersendiri,selagi pencemaran atau gangguan terhadap elemen elemen ini tidak berlaku maka amanlah hidup penghuni bumi. Jika sebaliknya maka alam akan menjadi bencana kepada penghuni bumi.   
..
                                  DITULIS OLEH:  SAYA dan dibantu oleh IBU SAYA .
                                                                                                                       

Rabu, 6 Mac 2019

AKTIVITI RIADAH

   AKTIVITI RIADAH    
                       
       Selamat sejahtera kepada anda semua . Adakah anda sejahtera ? Apakah maksud sejahtera?
Sejahtera bermaksud sihat dari segala aspek . Sihat dari segala aspek termasuklah badan yang sihat, otak yang cerdas dan tidak berpenyakit.

     Dari manakah kita boleh peroleh sejahtera ini ? Ya, kita boleh mendapatkannya dari aktiviti riadah tanpa berbelanja wang ringgit .

    Aktiviti riadah merupakan aktiviti sukan yang ringan yang dilakukan pada waktu lapang. Kepentingan aktiviti riadah menjadi amalan dalam memperaktikan gaya hidup sihat pada masa kini. Aktiviti ini juga memberi ketenangan fikiran kepada yang kusut fikiran , memberi tenaga kepada yang kehausan tenaga ataupun letih lesu , memberi keceriaan di wajah yang muram dan memberi keakrapan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersama-sama melakukan aktiviti riadah ini.

      Aktiviti riadah ini juga menyihatkan tubuh badan dengan mengurangkan kadar lemak di dalam badan kita. Riadah juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengurangkan risiko berpenyakit .

      Aktiviti-aktiviti riadah seperti yoga , tai chi , senamrobik , berjoging , berjalan , berkayak , berbasikal dan sebagainya ialah aktiviti-aktiviti yang mudah dilakukan oleh kesemua generasi tanpa mengira usia . 

      Aktiviti riadah juga akan membentuk akhlak yang lebih terurus . Kelebihan aktiviti riadah memaanfatkan umat manusia ke gaya hidup yang lebih sihat dan cerdas . 

     Peranan ibubapa memupuk kesedaran kepada anak-anak mereka tentang kepentingan aktiviti riadah ialah seperti:- 
     
     i) Dengan meluangkan masa bersama anak mereka untuk melakukan aktiviti riadah bersama.

    ii) Jika ibubapa berkemampuan boleh membelikan barang barang senaman untuk mengalak anak-anak mereka beriadah.

   iii) Ataupun memasukkan anak-anak mereka ke kelas riadah seperti yoga , senamrobik dan sebagainya .

DUA TIGA KUCING BELARI
MARI BERIADA SETIAP HARI
 NASIHAT BOLEH DIBERI BERI
TERPULANG PADA INDIVIDU SENDIRI

                                                                         .......... SEKIAN TERIMA KASIH ..........
                                        

BENCANA ALAM SECARA KAJIAN RAWAK

BENCANA ALAM Bencana alam berlaku dalam pelbagai rupa.Bumi yang dihuni inipun tidak terlepas dari pelbagai bencana . Bencana terbahagi k...