ALAM ( YANG NYATA )
Bumi kita sungguh hebat dengan alam semulajadinya . Bumi kita dirangkumi langit yang terbentang luas , awan awan yang mencorak pelbagai lukisan dari pagi hingga ke petang setiap hari dengan sang suria yang menyinari alam semesta ini dengan tujuh warna pusakanya yang menjadi punca kepada bunga bunga ,dedaun dan kehidupan yang lain termasuk manusia mewarisi berjenis warna dari segi kulit,rambut dan mata.Di waktu malamnya pula langit dilebari kain hitam dengan bulan yang sejuk dan juga beribu ribu berlian iaitu bintang bintang yang bergemerlapan nun jauh diatas sana .
Bintang bintang ini adalah sama besar ataupun bersaiz lebih besar dari suria. Oleh kerana bintang bintang ini berada terlalu jauh dari bumi lebih kurang ribuan tahun cahaya,kita boleh melihatnya sebagai jutaan bintang kecil di langit pada waktu malam. Sebenarnya, pada waktu siang pun bintang bintang masih kelihatan tetapi oleh kerana pantulan cahaya suria di langit mengaburi atau menghalang dari melihat bintang bintang kecil ini.
Langit yang indah diatas kepala menyerlahkan warna kebiruannya ke atas lautan bumi . Inilah yang menyebabkan lautan kelihatan berwarna biru. Laut yang kelihatan seperti warna hijau adalah kerana fitoplankton atau lebih di kenali sebagai alga dan jika warna keperangan puncanya ialah zooplankton. Ini kerana air tidak mempunyai warna dan bentuk.
Di darat pula , lautan yang luas terbentang , mempunyai tujuh lapisan dari permukaan hingga kedasarnya .Laut merangkumi tiga perempat dari keluasan bumi. Pelbagai khazanah kehidupan mendiami lautan ini.Dari batu karang hingga ke bongkah-bongkah batu bersama rekahan rekahan yang amat dalam dilaut masih dalam kajian. Di laut juga terdapat beberapa jenis kehidupan yang mempunyai eletrik pada badannya. Pemancaran cahaya elektrik ini berlaku ataupun dilakukan semasa mencari mangsa dan juga untuk perlindungan diri.
Hidupan ini mendiami di bahagian laut yang dalam dimana pancaran suria tidak dapat menembusi bahagian laut ini. Laut juga merupakan sumber makanan terbesar kepada penghuni bumi. kenaikan dan kesurutan paras air dilaut dikawal oleh fenomena bulan. Bulan memainkan peranan penting dalam menguasai air dibumi dan juga pembentukkan ais di kutub utara dan di kutub selatan.
Air sungai yang mengalir didarat berpunca dari gunung ganang. Gunung ganang yang diliputi ais dan dituruni air hujan yang lebat menjadi anugerah semulajadi kepada penghuni bumi. Gunung ganang yang memuncak kelangit menjadi tembungan awan awan yang sarat dengan air yang mengakibatkan penurunan hujan sentiasa berlaku dan pengaliran air yang bersih sentiasa dialirkan dari gunung ganang ini. Awan awan yang halus bergerak pantas dan berlalu atas gunung tetapi awan awan yang berat dengan kandungan air pasti bertembung dengan gunung. Gunung yang memuncak tinggi sentiasa diliputi ais. Ini kerana peniupan angin yang terlalu sejuk dan suasana sekeliling gunung juga amat sejuk sehingga menyebabkan pembentukan ais di permukaan gunung.
Selain gunung ganang,bukit bukau juga memainkan peranan yang penting terhadap penghuni bumi. Bukit bukau merupakan alam flora dan fauna .Pelbagai tumbuh tumbuhan semulajadi tumbuh di bukit bukau. Pokok pokok yang meliputi bukit bukau menjadi penyalur udara bersih kepada penghuni bumi. Bukit bukau didiami berbagai jenis binatang dan mikroorganisma. Bukit bukau juga ditumbuhi tumbuh tumbuhan herba yang menjadi pengubat kepada penghuni bumi.
Pokok pokok merupakan pembekal oksigen utama kepada penghuni bumi. Pokok pokok juga menjadi tempat perlindungan kepada penghuni bumi. Pokok pokok juga menghasilkan makanan untuk penghuni bumi. Pokok juga menjadi barang kegunaan manusia (penghuni bumi yang lain tidak menggunakannya sebagai barang)
Tanah merupakan tempat kehidupan kebanyakkan penghuni dunia.Ditanahlah penghuni dunia menghuni dan membina tempat berlindung dan menyara hidup sehingga ke akhir hayat. Tanah merupakan satu perempat di muka bumi ini .Tanah adalah segala galanya kepada penghuni bumi.Penghuni tanah adalah seperti manusia, binatang binatang,burung unggas, serangga serangga ,reptilia dan juga mikroorganisma.
Sang suria iaitu matahari,langit,tanah,air dan angin adalah lima elemen yang terkandung dalam alam semulajadi. Inilah yang dipanggil sebagai pancaboota (dalam bahasa tamil). Setiap elemen ini memainkan peranan yang penting kepada penghuni bumi. Setiap satu elemen ini memiliki kuasanya yang tersendiri,selagi pencemaran atau gangguan terhadap elemen elemen ini tidak berlaku maka amanlah hidup penghuni bumi. Jika sebaliknya maka alam akan menjadi bencana kepada penghuni bumi...
DITULIS OLEH: SAYA dan dibantu oleh IBU SAYA .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan