BENCANA ALAM
Bencana alam berlaku dalam pelbagai rupa.Bumi yang dihuni inipun tidak terlepas dari pelbagai bencana . Bencana terbahagi kepada dua bahagian.Pertamanya bencana alam semulajadi dan bencana alam yang berlaku kerana kelakuan penghuni bumi khususnya manusia.
Bencana bencana semulajadi yang kerap melanda bumi ini ialah seperti gempa bumi,tanah runtuh,banjir ataupun bah besar,ribut taufan,tsunami,letusan gunung berapi dan kemarau.
Gempa bumi berlaku apabila bongkah bongkah batu didasar bumi bergerak atau bergelongsur dari tempat asalnya untuk membebaskan haba magma yang terlalu panas yang terpendam didalamnya untuk mengimbangi kestabilan bumi. Keadaan ini akan terus menerus berlaku pada kadar magnitud rendah dan adakalanya pada kadar tujuh,lapan atau sembilan Richter.
Gempa bumi juga berlaku bila gunung berapi dibawah dasar lautan meletus dimana gegaran ini boleh mengakibatkan bencana yang membawa binasa yang teramat tinggi. Gempa beginilah yang mendatangkan tsunami bagaikan bumi dalam keadaan akhirat. Kenaikkan ombak setinggi sepuluh meter akan merempuh dimana segala yang ada dimuka bumi akan hilang dari tempat asalnya. Nyawa manusia yang tidak terkira akan terkorban serta segala harta benda termasuk alam flora dan fauna bersama hidupan akuatik segalanya lenyap dari muka bumi.
Bencana gempa bumi meragut nyawa penghuni bumi, meranapkan pokok pokok,bangunan bangunan ,kediaman serta harta benda dan lain lain lagi. Ini bergantung pada kadar gegaran di sesuatu tempat. Gegaran gegaran kecil hanya membuka sedikit ruang untuk melepaskan haba untuk kestabilan. Haba yang dikeluar dari dasar bumi ini harus diimbangi dengan keadaan sejuk, iaitu aliran air sentiasa diperlukan untuk menghindari bencana yang lebih besar.
Aliran sungai akan menjadi bah besar apabila aliran sungai tersekat ,hujan yang lebat tanpa berhenti dan air dari empangan dilepaskan untuk mengimbangi muatan empangan. Bah yang besar juga boleh meragut nyawa dan harta benda .Lumpur yang dibawa bersama oleh bah besar akan menutupi segala yang ada dan mengambil masa yang lama untuk surut, iaitu sehingga berminggu ataupun berbulan lamanya.
Gunung gunung berapi aktif dan tidak aktif bergantung pada zon gemba bumi. Jika gunung gunung berapi terletak di zon gempa bumi maka gunung berapi akan aktif secara langsung dan akan meletus. Ini kerana bergolakkan di dasar menaikkan magma kekawah gunung berapi. Tekanan haba yang amat tinggi sehingga melebihi 1000 darjah celsius akan mendorong magma melalui saluran gunung berapi dan meletus dengan bahan bahan mentah dari dasar bumi.Ini kerana pengimbangan suhu perlu dilaksanakan untuk mengelakkan bumi dari meletup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan