Rabu, 6 Mac 2019

AKTIVITI RIADAH

   AKTIVITI RIADAH    
                       
       Selamat sejahtera kepada anda semua . Adakah anda sejahtera ? Apakah maksud sejahtera?
Sejahtera bermaksud sihat dari segala aspek . Sihat dari segala aspek termasuklah badan yang sihat, otak yang cerdas dan tidak berpenyakit.

     Dari manakah kita boleh peroleh sejahtera ini ? Ya, kita boleh mendapatkannya dari aktiviti riadah tanpa berbelanja wang ringgit .

    Aktiviti riadah merupakan aktiviti sukan yang ringan yang dilakukan pada waktu lapang. Kepentingan aktiviti riadah menjadi amalan dalam memperaktikan gaya hidup sihat pada masa kini. Aktiviti ini juga memberi ketenangan fikiran kepada yang kusut fikiran , memberi tenaga kepada yang kehausan tenaga ataupun letih lesu , memberi keceriaan di wajah yang muram dan memberi keakrapan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersama-sama melakukan aktiviti riadah ini.

      Aktiviti riadah ini juga menyihatkan tubuh badan dengan mengurangkan kadar lemak di dalam badan kita. Riadah juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengurangkan risiko berpenyakit .

      Aktiviti-aktiviti riadah seperti yoga , tai chi , senamrobik , berjoging , berjalan , berkayak , berbasikal dan sebagainya ialah aktiviti-aktiviti yang mudah dilakukan oleh kesemua generasi tanpa mengira usia . 

      Aktiviti riadah juga akan membentuk akhlak yang lebih terurus . Kelebihan aktiviti riadah memaanfatkan umat manusia ke gaya hidup yang lebih sihat dan cerdas . 

     Peranan ibubapa memupuk kesedaran kepada anak-anak mereka tentang kepentingan aktiviti riadah ialah seperti:- 
     
     i) Dengan meluangkan masa bersama anak mereka untuk melakukan aktiviti riadah bersama.

    ii) Jika ibubapa berkemampuan boleh membelikan barang barang senaman untuk mengalak anak-anak mereka beriadah.

   iii) Ataupun memasukkan anak-anak mereka ke kelas riadah seperti yoga , senamrobik dan sebagainya .

DUA TIGA KUCING BELARI
MARI BERIADA SETIAP HARI
 NASIHAT BOLEH DIBERI BERI
TERPULANG PADA INDIVIDU SENDIRI

                                                                         .......... SEKIAN TERIMA KASIH ..........
                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BENCANA ALAM SECARA KAJIAN RAWAK

BENCANA ALAM Bencana alam berlaku dalam pelbagai rupa.Bumi yang dihuni inipun tidak terlepas dari pelbagai bencana . Bencana terbahagi k...